Thursday 4 February 2016

Surah 16 (91~100)

An-Nahl, dari ayat 91~100;  


91. Dan sempurnakan lah perjanjian dengan nama Allah apabila kamu berjanji, dan janganlah kamu pecahkan sumpah-sumpah itu sesudah kamu kuatkan dia, pada hal kamu telah jadikan Allah sebagai saksi, kerana sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

92. Dan janganlah kamu jadi seperti perempuan yang merombak tenunan selembar-selembar sesudah beres, iaitu kami jadikan sumpah-sumpah kamu sebagai tipu daya antara kamu,  lantaran ada satu golongan yang lebih banyak dari satu golongan, Allah hanya mahu cuba kamu dengan itu, dan tentu ia akan terangkan kepada kamu pada hari kiamat apa yang kamu perselisihkan.

93. Dan kalau Allah mahu, nescaya ia jadikan kamu semua satu umat, tetapi ia sesatkan siapa yang ia kehendaki dan ia pimpin siapa yang ia kehendaki, dan kamu akan ditanya dari hal sesuatu yang kamu telah kerjakan.

94. Dan janganlah kamu jadikan sumpah-sumpah kamu sabagai tipu daya antara kamu, kerana nanti tergelincir kaki sesudah tegap nya dan nanti kamu rasakan kejahatan lantaran kamu berpaling dari jalan Allah,  dan adalah bagi kamu azab yang besar.

95. Dan jangan lah kamu jual perjanjian Allah dengan harga yang sedikit, sesungguhnya apa yang ada pad sisi Allah itu, ialah lebih baik bagi kamu, jika kamu tahu.

96. Apa yang ada pada sisi kamu boleh habis, tetapi apa yang ada pada sisi Allah kekal, dan kami akan tunaikan kepada  orang-orang yang sabar akan ganjaran mereka dengan lebih bagus dari apa  yang mereka pernah kerjakan.

97. Barang siapa berbuat kebaikan dari antara laki-laki atau perempuan pada hal ia mukmin, maka kami akan hidupkan dia dengan penghidupan yang baik dan kami akan tunaikan kepada mereka akan ganjaran mereka dengan lebih bagus dari apa yang mereka pernah kerjakan.

98. Lantaran itu apabila engkau mahu baca Quran, hendaklah engkau berlindung kepada Allah daripada  syaitan yang terkutuk.

99. Sesungguhnya tidak ada bagi nya kekuasaan atas orang-orang yang beriman, dan kepada Tuhan mereka, mereka serahkan diri.

100. Hanya kekuasaan nya adalah atas orang-orang yang jadikan dia penolong dan atas orang-orang yang sekutukan dia.



.
Following Twitter,
[] https://twitter.com/MyAddMe46/status/695413548944494593


.